Thursday, April 24, 2014

Rumah I

Bismillahirrahamanirrahim,,,

Aku dan suami dalam proses membeli+buat rumah,
Alhamdulillah rezeki awal kahwin, tak sampai setahun lagi katanya Allah dah bukak rezeki buat rumah. Di sini aku nak share sikit tips2 untuk persediaan sebelum membuat rumah, permulaannya start dari ada pemaju offer rumah untuk ummi n abah (mertua) beli, betul depan rumah mertua, jadi mertua call kami untuk tanya nak tak, kalau x nak mertua yang ambik rumah tu, lps je bincang2 dengan suami, kami masing2 setuju nak ambil rumah tu, dengan harga starting RM250 000 permulaan (before ubah sana sini). Suami kate rumah pertama, Alhamdulillah, dok doa biar ade rezeki nak dok rumah sewa ,Allah bagi rezeki rumah sendiri, hebat sungguh perancangan Allah.

Untuk permulaan, kami kene strong untuk bahagian kewangan, sebabnya suami kerja sendiri dan aku tak keje. Kalau keje kerajaan mudah la sikit pinjaman, kalau kerje sendiri bank nak tengok statement berniaga, duit keluar masuk, kite punye simpanan macam mana. Jadi, offer dapat bulan 7, diposit rumah dalam RM5k untuk cup rumah. Pinjaman dengan bank kami x buat lagi, dalam bulan 8 macam tu kami dah start bagi kemas statement bank, buat betul2 flow keluar masuk. Mintak pendapat abang long (abg ipar) sebab diorang pun tgh proses bina rumah. Tp diorang buat rumah atas tanah sendiri, kami beli tanah dengan pemaju, jd untungnya beli dengan pemaju ni, diorang akan buat semua untuk kita, pemindahan nama tanah, design rumah dan urusan lawyer bila siap rumah tu nanti.

Bila dah rasa flow in/out duit dah ok, dalam bulan 3 aritu kami start semua dokumen untuk pinjaman rumah, kami pilih bank rakyat, fisrt sebab kawan ummi, second sebab bank ni adalah bank melayu dan 100% melayu+ islam yang kerje kat sini.Dapat pulak consultation free dengan membe ummi, membe ummi cakap, yang penting adalah simpanan bank kite macam mana, adakah kita selalu buat simpanan atau tidak, kita boleh bagi semua statement bank yang kite ada, bank akan nilai cara kita simpan wang dalam bank.

So, lepas kami bagi statement kami sme, Alhamdulillah lepas untuk buat pinjaman RM300k, kami kene sediakan plan rumah,statement bank dan adala beberapa dokumen yang di minta. Plan rumah mintak dengan pemaju, kalau sendiri kene photostat la. Jadi lepas semua dokumen siap akan dihantar pulak kepada penilai tanah untuk proses penilaan berapa sepatutnya harga rumah tu. Rumah aku tu lepas ubah suai, mencecah dalam RM300k dan lebih, bank hanya akan bagi kita pinjam sebanyak 90% daripada apa yang kita mintak. Contoh kami mintak pinjaman sebanyak RM300k, jadi kami akan dapat kurang 10%.

Rumah sekarang pun dah 70% siap, Alhamdulillah, doakan kami dipermudah urusan, i'Allah next aku cerita proses cari barang rumah pulak.

Sunday, April 20, 2014

#pray4MH370


Bismillahirrahmanirrahim, aku mempunyai beberapa pengalaman menaiki pelbagai pesawat (haha), aku akui cabin crew MAS adalah yang terbaik berbanding yang lain, bukan maksudku yang lain tu tak ok. Ok,but MAS is better. Bukan sengaja nak bagi markah lebih tau, tp melalui test2 yang telah aku buat. 

Kebiasaan aku bile menaiki pesawat itu untuk kali pertama, aku akan menjadi seorang yang sgt peramah dengan cabin crew, senang citer, suke menyusahkan cabin crew la. 

Pengalaman naik flight ,kalau naik flight aku akan bawa 3 beg, satu beg tolak, satu beg carry lattop, satu handbag, jadi bayangkan la betapa robot nya aku jalan straight to the flight, lepas tu stat la adengan aku mase nak naik tangga lagi,buatla muka cam berat gile segala barang yang aku bawak lps tu siap mcm hempas sikit beg bile sampai ke anak tangga terakhir flight, lepas tu adengan nak letak beg dekat tempat letak beg tu,aku akan cuba mengeluh bagi satu flight dengar, "ya Allah beratnye beg ni, macam mana la aku boleh bawak" ,lepas tu aku akan mintak air la dan contoh kalau nak beli barang, akan ade proses tawar menawar, memang annoyying sgt la, sbb aku rs aku sendiri annoyying,apatah lagi orang yang melihatnya...

And guest what, dlm banyak2 penerbangan, Cabin crew MAS lah yang memang langsung x penah buat muka or marah berbanding cabin crew lain. 

Orang tua tua pernah cakap, kalau nak tahu bagaimana perangai isi rumah itu, cubala test dengan perwatakan kite, but make sure not overla. Jd, MAS adalah yg setakat ni tidak pernah tidak melayan aku, hatta cabin crew perempuan sekalipun.

Penerbangan lain, aku pernah dapat feedback yang agak xmemuaskan, bahkan yang x seronoknya, bila aku dah cakap berat tu, boleh pulak tengok kat lain, n tetibe bile perempuan HOT dtg terus tolong.(of couserla steward kan) aku pun ape lagi, hempap beg tu atah kaki beliau n ckp "ops sorry,i tot it is a seat" 

Tidakla bermaksud penerbangan lain tak ok, mungkin hanya sedikit cabin crew penerbangan lain perangai tak berapa ok. Tapi told u what, aku mmg x pernah dpt pengalam buruk dengan MAS tau. Jgn pulak ckp sbb MAS mahal, sesungguhnya bila aku naik MAS tu percayala,ak beli tiket kapal hanya RM50, sekian.

http://youtu.be/REtq4M9dcw4

Monday, April 14, 2014

HONEYMOON-langkawi 22-24 january 2014

Bismillahirrahmanirrahim, ya Allah, lame sangat tak blogging, since i'm married. Kehidupan sebagai isteri sangat menarik dan debomz sehinggakan tiada masa untuk blogging *fliphair*

Nak cerite pasal pegi honeymoon langkawi aritu, honeymoon yg singkat dan best dan berbaloi-baloi.

 22 januari 2014.Day 1.

Kami ke sana dari kl naik kapal terbang. Cost tiket (beli 3 bulan awal) Rm110 pegi dan balik untuk 2 orang. Tambah insurance Rm 7 sorang kot, dah lupe.

Memule rancang nak g lcct tu naik kerete ke or public transport. Last sekali kire2 costing nya, lagi berbaloi naik kereta and park dekat depan tune hotel. Parking situ Rm16 sehari, jadi kalau 3 hari Rm16x3. Cumanya berjalan agak jauh sedikit la. Tapi okla berbaloi je, and by research jugak,ramai cakap parking di D section pun murah,harga sama Rm16 sehari. D section dekat last korang round lcct and berada di tepi cafe n depan tune hotel (xyah lintas jalan).

Flight jam 8 . Siap check in dah, xyah kargo beg. Kami bawak 2 beg kecik dan satu beg galas, cukupla bukan nak beli ape pun, just ramai yang kirim coklat dan duit sekali. He he

Sampai Langkawi jam 9, terus ke tempat sewa kereta, memang dah booking dari awal, sepatutnya sewa viva Rm50 sehari, tp ntah camne pakcik tu ckp viva xda, padahal da booking awal kot,jd die suggest amek myvi, myvi pun ok lebih Rm10 dari viva. Aku da lupa nama company ape,yang pasti yg aku sewa ni paling murah la kot yg aku survey before fly.

Jadi terus amik kereta and ke tempat penginapan, kami menetap di izz room hotel. Tempah awal2 lagi dalam agoda dapat Rm49 sehari.

Ni link : http://www.agoda.com/izz-room-motel/hotel/langkawi-my.html?type=1&site_id=1410197&url=http://www.agoda.com/izz-room-motel/hotel/langkawi-my.html&tag=af1189e1-cd30-0336-37c6-5b36ff5b787c&device=c&network=g&adid=42321323106&rand=1263003897198771089&expid=&adpos=1t1&gclid=CIS8wcb7170CFUgAvAodqkwA2Q&cklg=1

Kalau datang langkawi ni jgn lupa bawak gps, senang nak berjalan. Izz Room ni xda dalam gps, jd aku call terus ke hotel tanya direction, mudah je directionnya, and die punya customer servis pun ok. Jadi aku sangat2 rekomen untuk sapa2 yang nak ke langkawi duduk hotel ni. Jarak antara hotel ni and pantai sebenarnye jauh jugak, kene lintas jalan. Tapi mat salleh selamba badak je jalan ke pantai, yg kelakar aku n husband naik kereta ke pantai (save lemak ;p).

Jadi dah sampi izz hotel ni, kami pun check in,








Ni gambar sempat ambil Izz Room hari terakhir.

Lepas check in kami terus keluar cari makan, tak  tau nak pegi mana, cari tempat ikan bakar tak jumpa, padahal dah survey before pegi, jadi kami pun menyusuri saja jalan tepi pantai sehingga bertemu tempat makan. Menarik dan debom jugak, jarak nya dalam 3 km dari Izz room, kat situ memang ramai orang makan, lupe dah nama ape restoren.

Lepas makan, kami terus pulang ke hotel dengan membeli sedikit bekal untuk breakfast esok.

23 January 2014.Day 2. 

Plan hari ini adalah,kami akan cari tempat sarapan dan terus ke cable car.

Once u come to the north, first thing u must try is the coffee! because the coffee bean in the north is so difference  taste from elsewhere.

Dan roti canai ini adalah kerana tidak jumpa nasi :P

Lokasi sarapan adalah tepi beras hitam di kawasan luar. Ok sangat sedap roti canai, rangup begitu.
Selepas bersarapan terus ke cable car yang beroperasi pada:

Isnin – Khamis : 10 pg – 7 mlm
Rabu : 12 tgh – 7 mlm
Jumaat & Cuti : 9 pg – 7 mlm


Harga Normal Tiket Kereta Kabel Langkawi ni:

Adult = RM30 (with Mykad = RM15)
Child = RM20 (with Mykad = RM10)

So people! Please don't forget your id! :D

Let's pic tell the story






















Peringatan! jangalah pergi waktu cuti sekolah, sangat la panjang beratur! pengsan. Lebih sejam kot beratur,tapi tak pelah, demi mu kereta cable :))

Selepas naik kereta cable, kami berjalan2 di sekitar taman di bawah, sambil makan aiskrim, sambil tengok seorang abang yang ohsem lukis guna pasir dalam botol.



Lokasi seterusnya adalah beras terbakar, tempat yang kami breakfast tadi .





Lepas tu kami ke makam mahsuri .














































Selepas itu ke ke ke.. (dah lupe sekejap :P)

Oh ye, mencari gamat, kami sebenarnye mencari gamat nusantara, tp sebab penat kan, beli je yang jalan keluar dari mahsuri. Pastu lepas beli tu. Terus nak makan laksa best (orang cakapla) di persiaran airpot, skali kene lalu jugak kat Nusantara gamat, yang ada botol besar gamat tu, yang pasti harga lebih kurang dan memang la kepekatan lebih kurang.




Ini adalah gambar gamat di Nusantara gamat.

Seterusnya hampir maghrib, kami terus ke persiaran airport cari laksa.

Mereka panggil LAKSA POWER


Banyak gerai tepi airport tu, tapi sebab LAKSA POWER yang glemer, kami try situ dulula, makan mase matahari terbenam memang la masyuk, x nampak ape. Dan seryesly laksa ni biasa sahaja (my own opinion ok). Tapi glemerla di alam maya :D.. Lepas pekene laksa, kami pun terus balik ke hotel utk berehat. Memang hari ke dua tu bejalan sakan la.

24 January 2014 . Day 3 (last day)

Pagi2 kami keluar ke pantai, jogging sambil naik kereta,




Lepas jogging balik ke hotel .

Hari last ni kami dah memang merancang nak keluar lewat, terus check out jam 12 tgh. Jam 12 tu kami kemas luggage kami, flight jam 8 malam. Jadi sempatlah kami nak membeli brg tempahan yg byk2 tu.

Kami bertolak terus ke bandar (lupa nama apa bandar), sampai kt sana dalam pukul 1. Ingat nak ke idaman suri,tp jumaat offday, terus ke satu lagi tempat femous yg melayu haji ismail group, tutup plak hari jumaat, encik suami bermusafir, jd bolehla jamaak, sambil tunggu kat depan kedai HIG tu, ternampak kedai kat depan HIG, pastu terfikir, dr tunggu lama baik masuk je kedai tu beli2. So , xjd ke HIG terus kami beli coklat kat kedai depan HIG, harga lebih kurang dan banyak jugak, tapi kedai ni kepunyaan cina rasanya sbb tu jumaat tak tutup, cuma di ganti dengan pekerja perempuan. Kat kedai ni mmg byk kami borong, sampai penuh 2 luggage kami dengan coklat. sampai la dalam kol 4 camtu kami memborong dan siap bagi2 dah dlm beg nak bagi  kt sapa coklat, jd ada 2 jam lagi nk pulangkan kereta, janji dengan tuan jam 6 ptg depan airpot, terusla kami pecut ke airpot, singgah buh minyak and solat jama'. Sampai dekat airpot dlm sejam lagi ko 6, jd kami pusing2 abihkan minyak. Singgah plak lagi mkn laksa kt persiaran airpot. Kali ni kami singgah dekat laksa ikan seqoq, laksa sedap lagi berbanding laksa power. 

Lepas makan terus menuju ke airpot. 




Lepas bagi kunci kami lepak dkt airport sampai jam 8. Lps check in semua berehat atas kapal. Sampai KL, terus ke parking kereta ,charge x mahal sangat alhamdulillah, lebih kurang Rm36 untuk tempoh bacaan 2 hari.


 Sampai rumah jam 12 terus tido. hahah. Sekian coretan perjalanan ke langkawi yg lebih kurang sbb dah lama pergi baru update. Wassalam