Monday, July 18, 2016

bercakap

Harini nak update disini,
utk share sebagai kenangan di masa hadapan,

#annurzinnirah start keluarkan perkatan seketul dr mulut masa usianya 1 tahun 3 bulan, agak lambat sikit bercakap sebijik2, selalu sebelum tu hanya mumbling yg keluar, perkataan pertama sebutannya adalah DADDY, bukan d, yeyi or ape saja yg pelat, tp DADDY.

sebelumnya kami agak kerisauan takut pelat yg keluar, walaupun sebenarnya kami xpernah bercakap pelat dengannya, dan perbetulkan jika insan sekeliling cuba bercakap pelat dengannya. (kesesuaian masing2)

setiap waktu dan saat ketika, selain di selang dgn kaedah flash card yg diperbetulkan, dan latihan fizikal dilatih tubi oleh dedynya πŸ˜‹, semakin hari semakin byk perkataan yg berjaya ditangkapnya di keluarkan dari mulutnya, πŸ˜€πŸ˜€

latihan fizikal biasanya di praktikkan untuk memberi peluang memudahkan oksigen masuk ke otak dan otak boleh cepat berfungsi untuk mengekspreskan perkataan.

flash card pula utk memberi peluang menambahkan perkataan hariannya, flashkan 3 x sehari setiap sesi dlm 5 minit cmtu. pastikan setiap kad hanya perkataan dan berlatarkan putih supaya tidak mempunyai tarikan lain.

tadi momi flashkan card lama zinnirah, koleksi insect, sampai kt semut zinnirah mcm terkejut tgk gambar semut yg besar dan jelas, lalu di pekiknya "momi ant! ant! wow! eiww! ant ant! "sambil buat2 nak sentuh gambar tapi bile makin dekat menggelepar x nak pegang, lepas tu zinnirah nampak semut real kecik, lalu die macam pelik, momi pun explainla kenape yg dlm gambar besar dgn yg real kecik.

begitula anak kecil curiosity nya sgt tinggi, momi n dedi hanya berusaha semampu mungkin melorongkan jalan, supaya besar nanti tahu ape yang perlu dibuat dengan kehidupan.

doa yang baik2 aje 😍😍

moga membesar dengan solehah,menjadi ahli syurga hendaknya iAllah #603days #annurzinnirah

No comments: