Wednesday, January 10, 2018

Menunggu keyboard ipad

Bismillahirrahmanirrahim

Kadang-kadang,ada idea datang menderu,tapi tak sempat tulis,terus berlalu begitu sahaja di dalam fikiran,

Lama betul ku tunggu keyboard ipad sampai,harap usaha menunggu itu berbaloi dengan hasilnya,doa dalam diam,haha

Anak-anak,ketika mereka lena serentak,betul-betul terasa sunyi,terutama Annur,punyala rasa sunyi,

Tapi,bila mereka bangun,rasa nak mereka tidur dengan cepat,sebab rasa penat betul seharian,mungkin hormon masih mencari posisi stabil kot,doa lagi dalam diam,

Teringat kata-kata ulama
“Ibu-ibu,waktu menyusu,jarang yang mendoakan anak untuk menjadi tahfiz yang hebat,biasanya bila menyusu,mesti fikir,cepatla tidur wahai anak,ibu nak buat kerja”

Ya Allah,deepnya 😭

Moga hari-hari mendatang,terus tidak lupa niatkan untuk anak-anak,ketika menyusu,jadi insan hebat,tahfiz quran. Aminn