Wednesday, January 5, 2011

nasihat luqman al.hakim

Wasiat Luqmanul Hakim Kepada Anaknya


Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.
Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.

Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.

Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah

Monday, January 3, 2011

5 cara memilih sahabat

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

kesimpulan yg akue dpt dr artikel nie;
kite tak sehebat Saidina Abu Bakar r.a utk dapat sahabat semulia Rasulullah s.a.w.. jd tanye pd diri sendiri, mcm ni ke kite terhadap sahabat2 kite?


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

tata

Sunday, December 26, 2010

angin

Its weird when ur words are not wut u secretly think. U are scared that speaking ur mind is illegal to the one who is listening. The intention is too veiled that u cant even imagine if it comes out wrong, u are doomed. Guessing wuts inside ur heart is one big mistake. Wut brings u to say it in the end is because u kept it so long and somehow it needs to be out. Heh.. when it is out.. u realized how much u have moved on without actually know it. Alhamdulillah HE has made it clear to me, hapiness is not a perfection.
-----
And when we meet
As I'm sure we will
All that was then
Will be there still
I'll let it pass
And hold my tongue
And you will think
That I've moved on

Well I will go down with this ship
And I won't put my hands up and surrender
There will be no white flag above my door
I'm in love and always will be ( with Allah..)

ngeh3..

Angin.. kau nyanyikan lagu..
Utk permataku.. tenang selalu..

Bayu.. sampaikan berita..
Daku kini ceria.. aman dan bahagia..

Selimutkan rinduku.. bersama malam mu..

siapa kita?

Assalamu alaykum ... lame tak jumpek...

satu cte.


Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit RM 100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya. "Siapa nak duit ni?" tanya Prof. Ibrahaim. Semua peserta mengangkat tangan.

"Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya buat sesuatu dulu," Prof. Ibarahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ni lagi?" Hampir semua pelajar mengangkat tangan. Prof. Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.

"Okey, apa kata kalau saya buat macam ni?" Duit RM 100 itu dicampakkannya ke lantai lalu ditenyeh-tenyeh dengan kasutnya. Prof. Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor. "Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof. Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan.

"Haa... apa yang boleh kita kutip saripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim. Pesertanya hanya diam, dan sesetengah hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba dijelaskan oleh profesor itu. "Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tahu kenapa? kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak atau ditenyeh dengan kasut.

"RM100 tetap RM100 walaupun sepuluh kali dipijak," kata Prof. Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya tersenyum. Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan harian. Seringkali di dalam hidup, setiap orang akan merasai saat kejatuhan, hati hancur ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa bahawa diri kita tidak berguna langsung.

"Tapi walau apa pun yang telah terjadi atau yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. "Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang anda sayangi. "Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita?" jelas Prof. Ibrahim.


hm... jom pk..

Saturday, December 25, 2010

Kita merancang..

lengkap dan sempurna.. Tetapi Allah itu penuh dengan rahsia.. Rancangan yang pada pandangan insan akan berjaya.. Kenapa? kerana niat asalnya mahu kembali pada Allah.. kenapa pula tak diluluskan? Kenapa masih ada resah?... Sungguh Agung diriMu duhai Tuhan..... hambaMu hanya mampu merancang teliti.. namun Engkaulah sebaik-baik perancang.....

Wednesday, November 24, 2010

Demi Lovato 'Gift of a Friend' Music Video




thnx for alwayz being there FRIEND(S) =)

lillahi.ak bkn shbt terbaik.

Tuesday, November 9, 2010

Who I Am - Zain Bhikha featuring Abdul Malik Ahmad - Official Video




ma sha'a Allah .. beautiful song for one of the most wonderful songs !! but it's like my lil brother said :how are people going to know that this great piece of art was done by a very creative muslim -ma sha'a Allah-! .. i just wish it had a more islamic flavour to it .. i just miss the full veils(scarfs) but yet again the idea gave me the chills at the end .. the whole video is incredibly beautiful .. may Allah bless you and help in making even more beautiful inspiring islamic songs ! thanks !

-commen via youtube

Saturday, November 6, 2010

Where do you see yourself 10 years From Now

Go With The Flow

You're not sure where you'll end up, but the future is the future. You can't stop that. So wherever you go is the place you're meant for.

ok,angkt kening dable jerk

Monday, October 25, 2010

Tuesday, October 19, 2010