Showing posts with label #annurzinnirah. Show all posts
Showing posts with label #annurzinnirah. Show all posts

Monday, May 9, 2016

Pada suatu petang sedang momi bermain dengan #annurzinnirah ,

tetibe tangan momi ade hp lalu sibuk mereply msg2 di wassap,
kebiasaanya momi jarang sgt dgn hp ,tp entah knp xde ribut taufan sibuk dgn hp,󾆴🏻󾆴🏻

cakap kt zinnirah
"momi mintak maaf ek,momi nk reply msg,penting sgt ni,zinnirah main sorg kejap ek"
tetibe tgh asyik reply msg, dtg sesuatu mendarat di kepala,momi buat dono lagi,due tiga empat,pop,momi teringat,tgk zinnirah , lalu die mcm bebel marah,
"mi mi mi,maaa mii"

momi pun sambung main dgn zinnirah, tetibe momi tertengok hp lagi, zinnirah dah macam marah, die tolak hp momi ,die bg die punya mainan,
"noooooo, !!!"
geleng kepala buang hp momi,ganti dgn mainan die 󾌡󾌡

jgn igt anak xtau ye,die dpt rs kite xbersame die 󾌺󾌺󾌺

dedi balik cte kat dedi 🙃🙃🙃

#532days

Friday, May 6, 2016

budak kecik dah besar

Dedulu tengok dedi keluar g kerje,kejar sampai pintu nangis bagai nak rak,ukas grail, dedi ambik letak dalam kete lalu senyap tgk kartoon
Tadi, cakap dedi nk g kerje, kejar dedi sampai pintu,pangil dedi dedi, lepas tu salam n sayang, babai ikut grail, tutup pintu,pegi pulak babai dekat balkoni sambil cakap dedi dedi,haa dedi.
Pastu buat x tau main lego

Momi krik2 je kat situ sbb xpnh semangat panggil momi :P

#annurzinnirah #530days

Ps:dah tidola sebab tu boleh menaip

Wednesday, March 16, 2016

Checkup 15 bulan #annurzinnirah

Hari ni check up ‪#‎AnnurZinnirah‬, Dedi get ready dr awal lagi, Momi yg terlupe sbb rase lame sangat tongue emoticon , lalu kami ke klinik yang berjarak 1 minit dari rumah, macam biase tiap kali keluar Momi akan bekalkan makanan untuk Zinnirah ,kali ni Momi bagi die pegang epal , kelakar tgk die jalan dalam klinik sambil pegang epal, cuba imbangkan badan dari kiri ke kanan, nak explore satu klinik, nasib baik orang xde, huhu, misi terkejut tgk perubahan Zinnirah yang dah x kecil mcm dulu, di panggilnye si kecil naik penimbang, as expected, graph berat dah 3 kali putih, sebelum ni bukan x naik pun, cume naik sikit2, misi yang sgt friendly tanye, Momi bagi ape ni makin naik ni, selalu misi kat sini memang suke dengar perjalanan Momi bg makan Zinnirah sebab lain dari yang lain, yang penting tiada garam dan gula selagi belum mencapai 2 tahun grin emoticon,makanan ape yg Zinnirah bakal dapat harus lalui piawai Momi n Dedi dulu, nak tgk Momi bertukar Hijau?cubela tongue emoticon,gurau jeee :)) Momi akan terus berexplorasi untuk kesihatan keluarga, walaupun tidakla terlalu drastik iAllah~
lepas tu misi tanda la graph sme dlm buku, tetibe sampai kat graph bmi, masing2 tergelak "la dah nak obes pulok!" krikkrikkrik

Monday, May 25, 2015

Mango puree

 
 
day 5-9 

Mango puree

Resepi :
Manggo(pilh yg manis2)+ebm/air
*blend(xperlu kukus)
*tapis (jika perlu)
*masukkan dalam 4 sudu dalam satu bekas
*letak dalam fridge

time makan keluarkan dan stimkan balik. boleh je gune apa2 steamer

ps: Zinnirah suke,sebab warna terang n manis kot.macam biase ternganga2 mulut,momi memang over terlebih kalau tgk zinnirah makan.
 
Extraa Virgin Olive Oil(EVOO)

Disebabkan #annurzinnirah punye berat dah graph merah doktor n misi suggest suruh letakkan apa2 minyak/majerin/planta dalam setiap masakan. Selepas beberapa hari momi buat kajian(pergh),akhirnya momi memilih evoo ni sebagai penambah berat zinnirah(insyaALLAH). Jadi every makanan zinnirah yg siap di masak, selepas di panaskan,sebelum suap zinnirah, momi akan titikkan evoo.

Evoo ni memang kene letak lepas makanan masak, supaya khasiat nya tak hilang, ada juga olive yang guna untuk menumis, tapi bukan Evoo la (ada tulis kat botol kalau nak pilih)


Solid food for #annurzinnirah

 
 
*Start 3 days early
*No SALT no SUGAR until Zinnirah genap 2 tahun
*big NO to nestum n outside food
*respect every mom, dont just like give baby a food without asking permission
*No judging (;P) every mom's has their own reason what type of food that suit her child.

Hari ini(25/5/2015) genap umur #annurzinnirah 6 bulan, maka yahoo momi sangat excited nak bagi zinnirah makan.
 




day 1 - 4

Nasi bubur kosong

Resepi:
Segenggam beras perang (boleh je beras ape2)
*basuh dan rendam beras semalaman
*goreng beras sampai kering
*blend bagi hancur
*tapis ambik habuk je
*simpan dalam bekas
*letak dalam peti

Masa nak makan
*ambik sesudu beras yang dah buat siap tu
*rebus dalam 15 minit (kejap je sebab dah rendam n tapis beras kan,kalau tak kene tunggu berejam jgkla nk siap nasi bubur ni)

ps: #annurzinnirah suka dan muke excited makan sambil tangan berebut2 dengan momi