Masa kat nury, ade satu cerita kak rara kongsikan, yg mana berkenaan arwah ibunya doktor laili yg mempunyai alahan terhadap bende habuk berdebu dan sebagainya, doc laili diperkenalkan oleh glenn kepada doctor nutrisi, doktor tu ckp dkt doc laili
"nor, your cured is in your kitchen"
ayat yg sbnrnye pelik tetapi mcm betul.
Kak rara specialist dlm neuro, lalu beliau menjelaskan setiap pemakanan kita,terutama anak kecil, sgt berkait rapat dgn perkembangan otak, beliau melukis lagi graph cth mengenai pemaknan,terutamanya gula tiruan yg terdapat dalam gula2, berbanding gula asli,mcm dlm buah ,sayur dan lain2. Gula tiruan, graphnya terus naik tinggi, manakala gula asli, naik sedikit2. Jd sgt jelas lah kenapa bile kanak2 diberi makan junkfood (baca: makanan sampah) ,kite dapat lihat betapa hyperactive nya kanak2 tersebut. Ini baru cerita pasal gula, belum masuk makanan tiruan, cikedis, air berperisa, air berwarna, aiskrim. Allah,gerun plak bile nak tulis, sebab memang kita semua dikelilingi makanan sampah begini.
Ade soalan dr peserta, macam mana nak hindar bende ni kalau dah terlepas, jd dicadangkan untuk, slow2 berubah, slow2 tackle anak dgn real food, iAllah, kalau kita mahu bende yg elok, Allah akan permudah jalan.
Begitu juga sapa2 yg ade alergic, mmg dinasihatkan utk elakkan makanan berproses begini.
Sebenarnye, kalau kite perasaan, bukan kanak2 aje yg akan hyper kalau makan junkfood, org dewasa juga begitu, cumenye kite x ambil kisah sgt.
Kanak2 yg dijaga pemakannya sgt berbeza attitude dgn kanak2 yg tidak dijaga makannya.
Juga di tekankan, kanak2 umur 2 tahun ke bawah tidak boleh diberikan gula dan garam directly, n kalau dikurniakan rezeki lebih, carilah makanan organic untuk anak 2 tahun ke bawah. sebab waktu ni la kita mampu nak handle attitude pemakanan anak2, nt bile besar anak2 akan biase dengan apa yang kite ajar.
waallahu'alam,moga Allah kurniakan yg baik2 shj selari dgn usaha kita.